Laksa Sarawak
Laksa Sarawak

Laksa Sarawak

Laksa Sarawak merupakan sebuah juadah yang berasal dari Negeri Sarawak,Malaysia. Bahan utamanya adalah sambal laksa yang diperbuat daripada pelbagai ramuan.[1] Ia mempunyai sup asas mengandungi sambal belacan yang memberikannya warna seakan kemerahan yang turut dicampur dengan santan, asam jawa, bawang putih, lengkuas, dan serai. Di atasnya pula ditabur dengan cebisan telur goreng, hirisan ayam, udang, dan daun ketumbar. Limau nipis juga ditambah mengikut selera individu. Bahan-bahan seperti tauge, hirisan tauhu goreng atau makanan laut yang lain juga ditambah mengikut kehendak walaupun bahan-bahan tersebut bukanlah ramuan laksa yang tradisional.[2]Laksa Sarawak juga turut mudah didapati di negeri-negeri jiran seperti Sabah dan Brunei Darussalam. Hasilnya mungkin menyebabkan sesetengah untuk mempercayai bahawa terdapat resipi laksa yang berbeza dari Sabah dan Brunei, yang sebenarnya serupa dengan laksa Sarawak.